Flipped Classroom, Project-based learning, problem-based learning & inquiry-based learning

 Hai semua! So minggu lepas saya ada cerita yang kami telah mendapat tugasan berkenaan model pendekatan pengajaran yang diulas sendiri oleh saya dan ahli kumpulan. Maka, minggu ini saya akan kongsikan dengan kalian penerangan tentang model pendekatan (flipped classroom, Project-based learning, problem-based learning & inquiry-based learning) berdasarkan penerangan daripada lecturer kami iaitu Dr Zamzani. 

1) Flipped Classroom 

Ditakrifkan sebagai "bilik Darjah Berbalik" dimana murid akan mendengar kuliah diluar kelas melalui video penerangan yang dibuat oleh guru mereka dan mereka hanya akan mendengar penerangan ringkas sahaja di dalam kelas. Dalam pada itu, pembelajaran di dalam kelas juga bersifat active learning dimana murid akan membuat banyak aktiviti pengukuhan. Kelebihan flipped classroom:

1- murid yang tidak dapat hadir ke kelas masih boleh mendapat pendidikan dan pengajaran yang sama melalui video yang dikongsikan oleh guru mereka.

2. Kepakaran yang sama akan terlahir kerana kognitif murid adalah berbeza untuk memahami sesuatu topik yang dibincangkan, apabila adanya video yang dikongsikan guru murid boleh menontonnya berulang-ulang kali sehingga mereka faham. 

3. Murid datang dalam keadaan bersedia dengan soalan melalui video yang telah ditonton. 

4. Selepas kelas murid tidak akan mempunyai assignment dan masih boleh ulang topik perbincangan yang sama. 

Flipped classroom ini dilihat membantu pembelajaran murid secara individu dan pembelajaran ini adalah pembelajaran berpusatkan murid. Namun, flipped classroom ini semestinya mempunyai keburukannya juga iaitu

Keburukan Flipped Classroom 

1) murid berasa tidak gembira kerana masih mempunyai kelas di luar kelas. Sebaliknya kita boleh menasihati murid dengan: memberitahu mereka yang pembelajaran ini boleh dibuat secara fleksibel dan bila-bila masa. 

2) kebanyakan persekitaran di rumah kurang menyokong pembelajaran secara atas talian ini samada dari segi internet mahupun persekitaran yang kurang kondusif. 

3) guru akan mengambil masa yang banyak untuk membuat video. Sebaliknya: video yang sama boleh diguna pakai di kelas-kelas yang akan datang. 

Info tambahan berkenaan flipped classroom

 - video pembelajaran terbaik adalah tidak lebih 5 minit (short video)

2) Project-Based Learning (PBL) 

- pembelajaran yang lebih berfokuskan kepada praktikal (hands-on) bertujuan untuk menghasilkan satu produk. 

- pembelajaran ini juga bersifat long-term project iaitu 1 semester: perlu menghasilkan satu projek.

- antara contoh projek: video, vlog, power point, kraftangan, projek lawatan sambil belajar atau portfolio. 

- kelebihan project-based learning: mengasah skill individu dalam menghasilkan sesuatu projek atau produk. 

- kekurangan project-based learning: kurang kerjasama daripada semua ahli kerana kebanyak penghasilan projek adalah dilaksanakan di dalam kumpulan. 

- kebiasaannya, penilaian bagi pendekatan ini adalah penilaian formatif iaitu penilaian berterusan dan mempunyai rubrik permarkahan bagi setiap projek yang dihasilkan. 

3. Problem-Based Learning 

- pendekatan ini adalah bertujuan untuk murid menyelesaikan sesuatu isu atau topik yang telah diberikan oleh guru. 

- penilaian ini juga berfokuskan kepada penialaian formatif. 

- sebagai contoh: perbincangan isu (forum) atau perdebatan. 

4. Inquiry-Based Learning

- pendekatan ini adalah berfokuskan kepada murid: murid perlu membuat soalan sendiri dan menjawab sendiri atau orang lain yang menjawab soalannya. 

- pendekatan ini akan mencipta kemahiran berfikir secara kritis murid. Fokus utamanya adalah kepada soalan dan setiap murid mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu soalan kritis.

- hal ini dilihat sebagai satu kelebihan dimana: sikap ingin tahu murid akan dibangunkan dan inisiatif dalam diri setiap murid akan meningkat. 


Okayyy, sekadar situ saya perkongsian saya pada kalini ini. Semoga berjumpa lagii byeee! 


Comments

Popular posts from this blog

Pembinaan aktiviti 60 minit di dalam kelas