Kenapa Murid Perlukan Teknologi dalam Bilik Darjah??

Assalamualaikum semua, 

Harini saya akan ceritakan tentang teknologi dalam pendidikan. 

Teknologi secara umumnya ditakrifkan sebagai "penerapan ilmu pengetahuan untuk tujuan praktis dalam kehidupan manusia" 

Bila kita sebut je teknologi dalam pendidikan maka ia bukanlah sekadar alatan yang kita nampak di sekeliling kita. Teknologi dalam pendidikan ini merangkumi strategi pembelajaran, strategi pengajaran, pedagogi, teori pembelajaran, idea-idea untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (clayton et al, 2010)

Dan persoalannya mengapa murid perlukan teknologi dalam pembelajaran & pengajaran pada masa kini?

1. Teknologi dapat menghubungkan manusia ataupun murid dengan dunia sebenar takpa batasan sekadar dalam dunia bilik darjah semata. Sebagai contoh, seorang guru geologi membawa muridnya lawatan secara maya ke Taman Negara Grand Canyon. Hal ini dapat memberi gambaran sebenar kepada murid.

2. Menyiapkan murid ke alam pekerjaan yang berteknologi. Hal ini demikian kerana, di abad ke-21 ini, pekerjaan pada masa kini banyak menggunakan teknologi seperti kalendar elektronik, whiteboard elektronik, interaksi di laman sesawang dan sebagainya.

3. Menggalakkan murid untuk bekerjasama. Dengan teknologi murid dapat mengakses semua rakan dari seluruh negara melalui zoom ataupun skype dan sebagainya bagi mengadakan perjumpaan secara maya. Maka, kerjasama dapat dilakukan samada perbincangan ataupun penyiapan projek dan seumpamanya.

4. Murid dapat mengakses maklumat dengan mudah & tepat melalui teknologi. Search engines dan e-book sebahagian telah menggantikan buku tradisional. Teknologi juga membantu murid untuk memahami sesuatu topik secara one-to-one melalui video-video pembelajaran.

5. Melalui pembelajaran teknologi juga kita dapat mengajar murid bagaimana untuk menggunakan teknologi dengan baik. Dengan pertumbuhan teknologi yang berleluasa kini, semua orang telah menjadi warga digital. Jadi, dengan melibatkan teknologi ke dalam bilik darjah akan membolehkan kita mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan teknologi secara sihat dan berguna.

6. Menambahkan keseronokan dalam kelas. Teknologi dapat menjadikan pembelajaran murid dalam bilik darjah lebih seronok dan mengujakan. Sebagai contoh, (GBL) games based-learning yang dapat menghubungkan pembelajaran melalui permainan.

7. Yang terakhir sekali, pembelajaran secara teknologi juga dapat membolehkan murid belajar secara sendiri. Murid dapat menggunakan teknologi untuk membuat pembelajaran secara persendirian. 

Okayyyy, sekian saya perkongsian saya pada kalini ini. Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Flipped Classroom, Project-based learning, problem-based learning & inquiry-based learning

Pembinaan aktiviti 60 minit di dalam kelas