Bloom's Taxonomy (create objective)

Hai assalamualaikum semua, okayy harini kita akan mulakan dengan mencipta objektif pembelajaran menggunakan bloom's taxonomy. 

Dalam bloom's Taxonomy ni ada 6 level tau. Level yang pertama ialah Remembering (mengingat), level yang kedua Understanding (memahami), level yang ketiga Applying (mengaplikasi), level yang kermpat Analyzing (analisis), level yang kelima Evaluating (menilai) dan level yang keenam dan terakhir adalah Creating(mencipta). 

Setiap level ni ada vocabs dia tau, untuk kita mencipta setiap objektif pembelajaran kita. 
Jadi, mari saya tunjukkan contoh ayat (objektif) bagi setiap level dalam taksonomi bloom ni.

Topik: Larangan Rasuah 
Subtopik: pengertian Rasuah & empat bentuk kesalahan rasuah & kesan Perbuatan Rasuah

Level 1
- Murid dapat menyebut pengertian Rasuah dan menyenaraikan bentuk kesalahan rasuah beserta kesan- kesannya.

Level 2
- Murid dapat mengelaskan bentuk-bentuk kesalahan rasuah serta menghuraikan kesan terhadap perbuatan rasuah.

Topik: Larangan mempersendakan agama
Subtopik: cara menjaga kesucian Islam & kesan mempersendakan agama

Level 3
- murid dapat mengenalpasti cara menjaga kesucian Islam terhadap larangan mempersendakan agama. 

Level 4
- murid dapat menganalisis kesan buruk yang akan berlaku dalam mempersendakan agama.

Topik: Kewajipan Memelihara Kehormatan Diri
Subtopik: perintah Allah swt berdasarkan ayat

Level 5
- murid dapat membuat kesimpulan ringkas terhadap kewajipan memelihara kehormatan diri berdasarkan perintah Allah swt di dalam surah Nur ayat 30-31. 

Level 6
- murid dapat membina penyelesaian terhadap permasalahan sosial kini berdasarkan perintah Allah swt dalam kewajipan memelihara kehormatan diri. 














Jadi gais, saya rasa cukup sekadar itu saja dari saya harini semoga ia membantu serba sedikit kalian membina objektif hehe. 

Comments

Popular posts from this blog

Flipped Classroom, Project-based learning, problem-based learning & inquiry-based learning

Pembinaan aktiviti 60 minit di dalam kelas