Pengalaman sekolah part 1

morningg gais, kali ini saya ingin kongsikan dengan kalian semua kursus PQI 6006 (pengalaman sekolah) bagi sesi 2022/2023. nak tahu kenapa saya highlightkan sesi 2022/2023 sebab batch kami kalini saya yang paling special kursus kalini haha. kebiasaan kursus ini dijalankan pada akhir semester, tapi disebabkan di akhir semester batch kami sekolah sedang bercuti akhir sesi, jadi pengalaman sekolah kami telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pada bahagian pertama di tengah-tengah orang cuti midsem dan yang kedua sebelum kami menduduki peperiksaan akhir. 

walau bagaimanapun, saya nak kongsikan pengalaman di bahagian pertama saya ketika menjani kursus ini. saya telah ditempatkan di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya atau lebih dikenali dengan SMAPUTRA. 

ketika menjalani kursus ini, kami perlu membuat pemerhatian bagaimana menjadi dan berperwatakan seorang guru. Namun, ia tidak semudah yang disangka, sepanjang seminggu kami menjalani kursus kami juga diminta untuk menggantikan kelas yang guru atau relief kelas guru yang tidak hadir dan ada urusan. ini merupakan pengalaman yang memang saya perlu ingati kerana sepatutnya kursus ini kita tidak dibolehkan mengajar tetapi disebabkan atas permintaan guru tersebut untuk menghabiskan silibusnya sebelum tamat tahun persekolah jadi saya mencuba untuk menggantikan kelas sejarah tingkatan 1 di sekolah tersebut. 
sememangnya tidak mudah bagi saya kerana sejarah merupakan subjek yang paling saya takuti sejak zaman persekolahan haha. Namun alhmdulillah segala pertolongan daripada Allah beitu indah saya berjaya menghabiskan masa yang diperuntukkan dengan jayanya. 







 

Comments

Popular posts from this blog

Flipped Classroom, Project-based learning, problem-based learning & inquiry-based learning

Pembinaan aktiviti 60 minit di dalam kelas