Online group discussion task
Morning everyone! Sharing saya pada kalini adalah tentang online group discussion task. Tugasan untuk perbincangan kami pada kalini ini adalah tentang flipped classroom, project-based learning, problem-based learning dan inquiry-based learning. Kesemua model pendekatan pengajaran yang telah disenaraikan semestinya mempunyai kelebihan masing-masing, jadi jom kita mendalami setiap model pendekatan pengajaran di atas dengan lebih mendalam.
Model pendekatan pengajaran yang pertama adalah flipped classroom dimana pendekatan ini adalah mengalihkan masa kuliah melalui video sebelum berlangsungnya sesi pdp. Masa pdp digunakan untuk melaksanakan aktiviti pengukuhan. Maka guru akan mempunyai banyak masa untuk memperkukuhkan segala pemahaman murid.
Model pendekatan yang kedua adalah project-based learning. Pendekatan ini adalah membolehkan murid untuk mengkaji sesuatu topik yang diberikan dengan mendalam sehingga menghasilkan satu produk di akhir pembelajaran.
Seterusnya, problem-based learning juga merupakan salah satu pendekatan pengajaran yang bagus dimana pembelajaran ini adalah berasaskan penyelesaian masalah. Fokus pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini adalah kepada tugasan atau kerja amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa tertentu dan kebiasaannya ia melibatkan analisis data dan persembahan melalui laporan yang berformat.
Pendekatan pengajaran yang terakhir adalah inquiry-based learning dimana pengajaran dan pembelajaran ini adalah berpusatkan kepada murid. Pendekatan ini kebiasaannya bersifat hands-on dan membolehkan murid untuk menghubungkan perkara yang mereka pelajari di dalam bilik darjah dengan dunia sebenar. Objektif utama pembelajaran ini adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritis, kemahiran menyelesaikan masalah dan kreativiti.
Jadi, itulah keempat-empat pendekatan pengajaran yang dicadangkan untuk diketengahkan di abad ke-21 ini. Semoga ia membantu kalian dalam mengendalikan pengajaran harian kalian semua. Thank you so muchhhh!
Comments
Post a Comment